Sunday, 8 April 2018

TAKLIMAT PENGAKTIFAN ID VLE IBU/BAPA/PENJAGA

Tarikh : 9 April 2018
Tempat : Makmal Komputer SKTAH
Masa : 11.30 a.m
Penceramah : Cik Norhafizah binti Mohamad, Syarikat UniCliq Sdn. Bhd.

Kehadiran ibu / bapa / penjaga sangat memberangsangkan.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk hadir hari ini bagi mendengar taklimat Pengaktifan ID VLE masing-masing.

TAHNIAH!!





Sunday, 28 January 2018

Jasamu Kami Kenang

Majlis Perpisahan Ustaz Mohd Zulazmi bin Ab. Hamid.

Terima kasih Ustaz!
Terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada anak-anak SKTAH.
Jasa baik Ustaz, akan kami kenang selamanya....

Berasah parang bersepuh lama
menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal


Lipat sirih Di tapak Tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
budi tuan kami tak lupa


Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati










Monday, 1 January 2018

Selamat Datang Ke sekolah bagi Tahun 2018

Syukur Alhamdulillah,
Selamat kembali ke sekolah anak-anak!
Semoga anak-anak lebih bersemangat tahun ini... chill =)


Wednesday, 1 November 2017

PASCA UPSR - Hari Usahawan

Murid-murid tahun 6 dididik untuk menjadi usahawan. 
belajar mengurus perniagaan.
Gembiranya mereka...
ada yang jual buah-buahan, ada yang jual 'ice blended', ada yang jual burung puyuh goreng, ada yang jual nasi lemak.
Woww.... peniaga seronok, pembeli pun seronok... ☺












Meriahnyeeeeeee............... =) macam stall bazar! hihi....

Tuesday, 31 October 2017

PASCA UPSR - Penyembelihan

Anak-anak Tahun 6 dididik cara-cara dan adab-adab penyembelihan.

PENGERTIAN PENYEMBELIAN
       -Menurut Bahasa ialah menyempurnakan kematian
-Menurut Isti’lah ialah memutus jalan makan, minum,         nafas,& urat nadi pada leher hewan dengan alat tajam, selain gigi,kuku,tulang,&sesuai syariat.

Dari Syadad bin Aus, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
   Sesungguhnya Allah memerintahkan agar berbuat baik terhadap segala sesuatu. Jika kalian hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik. Jika kalian hendak menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah kalian menajamkan pisaunya dan senangkanlah hewan yang akan disembelih.












Penyembelihan Burung Puyuh.... Hari ini kita sembelih, esok kita boleh jual Puyuh Goreng Tepung.... Alhamdulillah.

Sunday, 14 May 2017

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

Minggu peperiksaan. Semoga anak-anak dapat menempuh peperiksaan dengan tenang. In Sya Allah.

Thursday, 27 April 2017

Kejohanan Bola Baling peringkat Zon Bandar Pontian 2017

Hari : Sabtu
Tarikh : 27 April 2017
Masa7.30 a.m

Tahniah buat anak-anak SKTAH dan jurulatih Bola Baling Sekolah.


TAKLIMAT PENGAKTIFAN ID VLE IBU/BAPA/PENJAGA

Tarikh : 9 April 2018 Tempat : Makmal Komputer SKTAH Masa : 11.30 a.m Penceramah : Cik Norhafizah binti Mohamad, Syarikat UniCliq Sdn. ...