Wednesday, 25 January 2017

Majlis Sambutan Maulidurrasul 1438 Hijrah

Hari : Rabu
Tarikh : 25 Januari 2017 / 26 Rabiulakhir 1438h
Tempat : Sekolah Agama Tanjong Ayer Hitam

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang sama-sama menjayakan Majlis Sambutan Maulidurrasul, 2017.
terima kasih para penyumbang.
Semoga Allah jua yang membalasnya.
Gabungan warga SK Tg Ayer Hitam, SA Tg Ayer Hitam, Badan Pemuafakatan SATAH, PIBG SKTAH.

Rasulullah


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran


Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran


Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu


Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela







No comments:

Post a Comment

TAKLIMAT PENGAKTIFAN ID VLE IBU/BAPA/PENJAGA

Tarikh : 9 April 2018 Tempat : Makmal Komputer SKTAH Masa : 11.30 a.m Penceramah : Cik Norhafizah binti Mohamad, Syarikat UniCliq Sdn. ...